20150430

Interview IPG 2015 (Mathematics)

Assalamualaikum w.b.t. and peace be upon you and YO WADDUP HOMIES!! lol teruk beno

sekali lagi kalau nak tips je leh scroll down lepas gambo kucing meow meow neko-chan comel ye.

Baru-baru ini (ceh padahal baru tadi, 29/4/2015) aku pergi ke temuduga IPG sesi kemasukan Jun 2015 bagi subjek Matematik. And Alhamdulillah dah lepas interview tu! Takde lagi rasa resah xD Okay first ni info psl venue, yadda yadda.

Tempat : IPG Kampus Ipoh, Hulu Kinta
Tarikh : 29.04.2015
Sesi : 1(pukul 9 am baru start) // Bilik : C

Dalam surat tawaran pukul 8 ialah masa pendaftaran. I arrived there at 7.50 am i think. Datang-datang je, pergi ke tempat duduk. Ikut group bilik. Mostly dalam bilik C ni semuanya yang apply subjek Matematik. Kitorang tak duduk dalam dewan kuliah pun. Tapi duduk dekat dean bilik2 A,B,C,D dan yadda yadda. Masa tu baru pukul 8 pagi, masih ramai belum datang lagi. Jadi, sementara menunggu, ada pegawai yang bertugas akan bagi nametag untuk kami dan mmg kena pakai. Itu untuk memudahkan para panel penemuduga untuk tau nama kita okay so just pakai je.

Oh yaaaa, sijil perlu disusun ikut urutan. Dekat sana ada urutannya, jadi sempat lagi nak susun, so susunlah dengan betul-betul. Jangan susun last minit nanti kang x pasai-pasai kena marah dengan panel tu. Just in case, ini dia list :- (sama untuk sijil sebenar dgn sijil salinan)

  • IC/ Salinan IC
  • Surat beranak
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Sijil/Slip SPM
  • Sijil akademik (peka semua tu)
  • Sijil Kokurikulum
  • DAN LAIN-LAIN
Okay better susun the night before d-day kalau rasa hari iv tu nak datang lambat lel. Kalau x disahkan, boleh cari mana-mana pegawai yg akan tolong sahkan ye. 

Tunggu punyalah lama, akhirnya tiba giliran~~ Bilik C yang start interview dulu kot hahaha yang bilik lain siap boleh rileks lagi tapi tak pe, just masuk bilik wuuu. Dalam group sesi 1 bilik C, ada 8 students. And all of us are gurlz. #GURLPOWERWALAOWEH
hmm yeah gurl power but we muslim gurlz can only flip our tudungs lel.
Dalam bilik C, ada 2 panel. One is a chinese lady, and another one is a malay man. Both are IPG lecturers. Maybe both of them pun mengajar Maths but apa-apa lah. @__@ So Tuan Panel tu pun mulakan , dia explain psl sesi interview.
- ADA 3 SESI DLM INTERVIEW NI YE , DIA CAKAP.

Sebelum bermula, masing-masing perlu mempromotekan diri sendiri. EH. haha. kena introduce diri sendiri. (Sesetengah panel dekat tempat lain ada yang kena speaking, but toksah risau lah. Kata cikgu, kenalah power, relax sudah.)

Sesi 1(TAYANGAN VIDEO PAMPAMPAMMMM)

  1. Tayangan video bermula. Kami dapat video lagu ''Keranamu Malaysia''. Oh yeah lagu tu~~
  2. Pastikan kome perhatikan video tu ye , perhatikan lirik sekali lel.
Sesi 2(PENDAPAT MUNG)
  1. BERDASARKAN VIDEO, kome perlu explain dekat panel, apa yang cuba ditunjukkan dalam video tersebut.
  2. Berikan nilai-nilai murni sekali. Take turn untuk bercakap. Group aku cool sebab masing-masing sanggup mengalah xD 
  3. Kalau dpt lagu ni, sebenarnya senang jugak. Sebab boleh cilok drpd lirik lagu kohkohkoh.
  4. Tapi, lepas tu, panel tu tanya berdasarkan nilai-nilai murni yang setiap seorang dah sebut, berikan sumbangan yg telah anda lakukan kepada negara dan bangsa.
  5. Aku bertuahlah sikit sebab start dulu, dan bagi nilai murni inovatif.
  6. So explainlah berjela-jela psl penyertaan aku waktu sekolah dulu dari segi inovatif. (Menyertai pertandingan inovasi semua tu)
  7. Lepas tu, masing-masing pun bagitau lah psl sumbangan diorang~~~
  8. Habis je semua dah bagi sumbangan... Panel suruh kami berbincang dengan masing-masing. Panel pulak akan tengok dari jauh.
Panel : I'M WATCHING YOU.
alolololo comeyyyy :33333
Lepas tu, masing-masing akan berbincang pasal cabaran guru dan penyelesaian masalah. Jangan risau kalau tak tau nak cakap apa, dipersilakan merepek. Tapi, jangan banyak sangat cakap sampai tak bagi orang lain chance. Dahlah banyak cakap , lepas tu tak bagi orang lain chance, pas tu pi bagi semua idea yang orang lain pun nak kasi. Aduh. Jgn pentingkan diri lol kena saling membantu ye.

Sesi 3 (Heart to Heart)
  1. Hahaha nama sesi ni diberikan sendiri oleh panel tu xD Okaylah tu okaylah not bad.
  2. Dalam sesi ni, setiap peserta students perlu ceritakan dengan JUJUR tentang cita-cita sebenar. Dia pun tanya berapa peratus nak jadi cikgu, dan berapa peratus nak jadi <<insert your ambition here>>
  3. Dlm group aku, ada 2 org bagitau diorang punya cita-cita hanyalah guru. Yang 5 lagi, ada nak jadi engineer,doktor,ahli farmasi, dengan doktor gigi. Dan aku sorang je sesat pergi bagi sampai 3 cita-cita xD punyalah semangat. Dengan happynya ku menjawab "cita-cita saya ialah ahli psikologi,guru dan penterjemah bahasa isyarat." LOL but at least aku dah berjaya meng-grab attention kedua-dua panel hahaha walaupun cita-cita ku tak semegah engineer mahupun doktor ataupun pharmacist. 
  4. Waktu bagi jwpn psl peratus tu, kebykannya jwb 70% cikgu lah, ada yg 90% cikgu dan ada yang 100%.. dan lagi sekali aku sorang je sesat yang paling rendah. bagi 50-50 je leuls.
  5. Students yg jwb nak jadi doktor/engineer/ahli farmasi tu akan ditanya bertubi-tubi oleh panel. Panel meng"psiko"kan mental kome. (Hmmm macam dalam VIDEO MAWAR RASHID TU LOL YG INTERVIEW GST TU APA TULAH XD #epicfail #jgnjadibimboguys #thankgodi'mnotthatpretty #stopcyberbully #ohirony)
  6. Dan aku rileks je siap leh explain lagi aku minat psikologi tanpa dipsiko. KAHKAH :))))))))
  7. Lepas tu bukan tu je sesi psiko masih belum berakhir. Panel tanya lagi , macam mana kalau dihantar ke kwsn pedalaman. Dan panel jugak sempat bercerita psl keburukan ipg hahaha. Tapi kena jwb dgn konfiden je, diorang saje psiko kita tu. Tapi satu je yang aku kena 'belasah' pasal suara tak kuat hohoho.
  8. Oh ye kitorang x pakai bahasa melayu baku. Kitorang siap campur dgn english (eh tak tu aku sorang je lol penangan sekolah convent dan manglish..... =.=")
  9. Lepas tu, habis lah sesi interview dengan jayanya tepat pada pukul 10:12 am. YEAHH
Hahahaha sepatutnya aku rasa x puas hati sbb aku xdelah buat bagus sgt. Bagi idea pun bukannya reti nak elaborate lol. Tapi tak tau kenapa happy sangat bila keluar daripada bilik tu xD Maybe sbb time interview rasa mcm relax dan sempoi je. Sebelum berambus, sempat bersalam dengan lecturer lady tu :3 (muka dia mcm teacher add maths dulu, huhuhu miss her <3 )

TIPS :
  • Lain panel lain soalannya dan lain videonya. So prepare yourself. Tengok video-video Osman Baku, Nick Vujicic, Keranamu Malaysia dan iklan-iklan Petronas. Tengok je haish buatlah preparation.
  • Lain subjek lain soalannya tau. Mcm kalau sejarah, maybe akan ditanya pasal pelan pendidikan semua tu . ((HABISLAH KOME))
  • Tak perlu hafal sangat pasal isu semasa. Ambik tau cukup lah ye.
  • Waktu interview, cuba rilekskan diri. Aku tau susah sbb aku pun mula-mula takut sgt hahaha. Masuk je bilik start tarik nafas slow-slow. Pastu tangan tu rileks je even tho rasa mcm berpeluh gila walaupun bilik tu ber-aircond.
  • Body- badan tu jgn dilentukkan sgt time berckp. Itu tandanya nervous lol. Sebab budak sebelah aku terlalu nervous aku rasa. Setiap kali dia bercakap, mesti dia mulalah tangan dia gigil, kaki pun goyang teruk sangat huhuhu. Kesian dia nervous sgt. Maybe dia ni socially awkward that's why.
  • Cakap kuat, jangan jadi mcm aku. hahaha nanti kena 'belasah' dgn panel sbb cikgu suara kena kuat huhuhuuhuhu T_____________T
  • Bila di-'psiko' oleh panel, bagilah idea bernas untuk support diri sendiri . Lepas tu, konfiden je dgn jawapan tu. hohoho :3
  • Good luck and all the best. 
  • Oh ye breakfast awal pagi, kalau tak , nanti takut xleh nak breakfast.
  • Pakai baju yang simple dan kemas. Tudung tu bagi tutup dada tu ye wahai kaum gegurlz. Nak jadi cikgu, kenalah ikut peribadi betul. Ish ish. (#notajudgementalpersonbutsometimesquitejudgemental ) amboi panjang hashtag xD
  • Ada yang kata perempuan kena pakai high heels/kasut bertumit. sebab itu melambangkan konfiden. TAPI aku mmg kalau pakai kasut gitu mmg x de makna nak konfiden xD lagi takut adalah, yelah takut terjatuh ke hahahaha dah lah clumsy teruk gila. So kalau x biasa pakai kasut bertumit, pakai je kasut flat. Bukannya dosa pun. Jgn lupa pakai stoking ye, tutup kaki tu eh, aurat tu ye :3
nanti jadi camni, sendiri malu ye. waaaaaaa

Hmm result akan keluar lambat, so aku pergi masuk form 6 dulu dengan geng :DDDD korang yang pepandai ni masuklah matrikulasi dulu sambil tunggu. lol saja boldkan perkataan tu sbb yelah org kekampung ni selalu ckp form 6 ni untuk orang buduh. YEA RIGHT. How can my friend who got 8As masuk form 6 you nincom...?? Lol sabar jelah nak wat camne, dah pemikiran kolot dulu,kini dan selamanya. *nangis*

Good luck bagi bakal guru di luar sana!! Ayuh menuju kejayaan~~~~ \o/~~~~~

3 comments:

  1. awakkk,nak tanya waktu interview tu memang kena cakap English ke untuk subject math,semoga awak replyy

    ReplyDelete
  2. nope,only TESL je kena cakap english..... the writer also cakap dia campur malay and english :>

    ReplyDelete

Don't forget to leave a comment!